Friday, January 15, 2010

UTAMA & BERITA


PROGRAM TERKINI :
GOTONG ROYONG PERDANA PLKN DI KARIAH MASJID JANNATUL NAIM

Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi
Tempat :

Zon A : Tanah Perkuburan Tok Bangsa
Zon B : Dewan Orang Ramai Beseri Dalam
Zon C : Masjid Jannatul Naim
Zon D : Tanah Perkuburan Masjid Lama

Warga Kariah Masjid Jannatul Naim Sungai Paya dijemput hadir

_______________________________________________

PROGRAM TELAH LALU :
CERAMAH ISRAK MIKRAJ & TARHIB RAMADHAN
OLEH :
Ustaz Aswady Bin Mohamed
Tenaga Pengajar
Sekolah Rendah Islam 3, Felda Chuping



Peta lokasi masjid

USTAZ MOHD ABD KADIR,
PEGAWAI JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS
# Ustaz Mohd Abd Kadir tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Mesyuarat Fatwa Negeri Perlis

10 julai 2011 (Ahad malam Isnin)
-selepas solat maghrib


___________________________________________________________




PROGRAM TELAH LALU :
SEMINAR KEJIRANAN ANJURAN JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS


KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM

1.0 MUKADDIMAH

Islam sangat mementingkan soal kejiranan bahkan ianya melambangkan kesyumulan Islam itu sendiri yang mencakup kesempurnaan hubungan dengan Allah (حبل من الله) dan kesempurnaan perhubungan dengan sesame manusia (حبل من الناس)

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisaa’ ayat 36 :

Maksudnya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, Ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,

2.0 JIRAN YANG BAIK MEMBAWA BAHAGIA

Jiran yang baik merupakan pentanda kepada kebahagiaan di dalam kehidupan. Hal ini kerana manusia adalah saling berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Baginda Rasulullah SAW telah menyatakan perkara ini di dalam sebuah hadith sepertimana yang driwayatkan dari Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata: “Telah bersabda Rasulullah SAW :

اربع من السعادة، المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء

واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”. [i]

3.0 MAKSUD JIRAN

Mengikut Kamus Dewan, definisi jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga.

Namun begitu, Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : “ Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran” . Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.

Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat besolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama.

Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah RA dan para tabien seperti Hasan Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru. [ii]

Namun begitu, definisi dan takrif jiran ini adalah berbeza antara satu komuniti dan adat sesuatu masyarakat. Menurut Imam Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya seacra zahir kembali kepada uruf (adat setempat).[iii]

4.0 JENIS-JENIS JIRAN

Menurut Al-‘Alamah Syeikh Muhammad Bin Soleh Al-‘Uthaimeen[iv], jiran itu ada 3 jenis :

1. جار قريب مسلم : فله حق الجوار والقرابة والاسلام

(Jiran yang beragama Islam dan terdiri daripada kaum kerabat :

- baginya hak jiran, hak kerabat dan hak sebagai muslim)

2. جار مسلم غير قريب : فله حق الجوار والاسلام

(Jiran yang beragama Islam tetapi bukan daripada kaum kerabat :

2.0 JIRAN YANG BAIK MEMBAWA BAHAGIA

Jiran yang baik merupakan pentanda kepada kebahagiaan di dalam kehidupan. Hal ini kerana manusia adalah saling berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

<22text-align: justify;">4. جار كافر وان كان قريبا : فله حق القرابة أيضا

(Jiran yang non-muslim (kafir) sekiranya dari kaum kerabat :

- baginya kaum kerabat juga (selian hak jiran)

Hal ini adalah berdasarkan Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 36 :

Maksudnya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat……

5.0 KEDUDUKAN DAN KEUTAMAAN JIRAN

Secara asanya, setiap jiran mempunyai hak yang sama penting dari sudut kejiranan. Namn begitu, jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar RA.

Hal inilah yang menunjukkan nilai keadilan yang ada di sisi Islam itu sendiri. Bahkan diriwayatkan daripada Aisyah RA yang berkata :

“ Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda :

الى أقرب منك بابا

“ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”[v]

Kedudukan keutamaan jiran adalah seperti berikut :

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu” (Seperti Hadith di atas)

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan dan kaum kerabat

Allah berfirman :
وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى
“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan”

3) Jiran muslim yang berilmu dan beriman

Allah berfirman :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

Allah swt berfirman :
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).

5) Jiran Muslim yang fasiq dan ahli maksiat

Sabda Baginda Rasulullah SAW :

المسلم أخو المسلم لا يظلمه و لا يسلمه

Maksudnya: “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh (untuk dianiayai)..” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

6) Jiran yang kafir

Allah swt berfirman :
وَالْجَارِ الْجُنُبِ
Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).

Baginda juga berbuat baik dengan jiran yang bukan Islam. Hal ini berdasarkan pertanyaan Rasulullah SAW seperti yang daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda. [vi]

6.0 HAK-HAK JIRAN

1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran

Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah :

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلا يُؤْذِي جَارَهُ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .

(hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.

2) Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat

Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam selama tidak membawa bahaya dan mudharat.

3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam berhubungan dan berkomunikasi dengan mereka

Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah :

يا ابا ذر إذا طبخت مرقا فأكثر ماءها وتعاهد جيرانك,

“Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.

4) Membantu dan memberikan pertolongan

Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu”

5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat

Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari

7.0 JIRAN YANG BAIK

Jiran yang baik adalah jiran yang menjaga perhubungan dan akhlaknya dengan jiran tetangga. Hendaklah seseorang itu menjauhkan beberapa sifat yang dinyatakan oleh Allah SWT mengenai larangan untuk berkawan dengan orang kafir yang mempunyai sifat-sifat buruk. Hal ini seperti yang dinyatakan Allah SWT di dalam surah Ali-‘Imran ayat 118 &119.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”

“Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, Padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada Kitab-Kitab semuanya. apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu". Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.”

8.0 PENUTUP

Memiliki jiran tetangga yang baik merupakan anugerah yang sangat berharga daripada Allah SWT. Hanya mereka yang bakal diberikan kelebihan, akan mendapat nikmat yang sangat isitewa ini. Benarlah kata pepatah arab : Pilihlah jiran sebelum kamu memiliki rumah.

Namun begitu, pilihlah nilai-nilai positif dan akhlak mulia di dalam diri kita, sebelum kita memilih-milih manusia lain untuk dijadikan jiran tetangga kita. Dalam ertikata yang lain, perbaikilah diri, hiasilah peribadi dengan akkhlak yang mulia, moga-moga kita dan jiran tetangga kita akan dimuliakan Allah, dengan akhlak dan pekerti yang sempurna.


[i] Hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama

[ii] Tafsir Al-Qurtubi m/s 185 Jilid 5, Fathul Bari m/s 447 Jilid 10 dan Jami Ulum Wal Hikam 347 Jilid 1

[iii] Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani (Tafsir Al-Alusi)

[iv] Zadul Muttaqin fi Syarhi Riyadhis Solihin.

[v] Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari

[vi] Hadith sahih riwayat Abu Daud , dan Tirmidzi. Dinilai Hasan oleh Imam Ahmad


____________________________________________________________________

PROGRAM TERKINI : CERAMAH MAAL HIJRAH


SALAM MAAL HIJRAH. "1 MALAYSIA 1 UMMAH"

KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM
  • Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda: Maksudnya:
  • "Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."
  • Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah, Nabi saw bersabda: Maksudnya: "
  • Satu tahun itu ada dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadil akhir dan Sya'ban." (H.R. al-Bukhari dan Muslim)

    KEUTAMAAN PUASA MUHARRAM

    • Abu Qatadah berkata, Nabi saw telah ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura, baginda bersabda, yang bermaksud: "Ia (puasa 'Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu." Dalam riwayat yang lain bermaksud: "Dan puasa hari 'Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)


    SEBAIKNYA BERPUASA PADA 9 DAN 10 MUHARRAM ATAU 10 DAN 11 MUHARRAM

  • Kata Ibn 'Abbas r.a., maksudnya: "Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda bersabda: "Hari apakah ini (di sisi kamu)?" Orang-orang Yahudi menjawab : "Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan Musa dan Bani Israil pada hari ini daripada musuh mereka (Fir'aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini ('Asyura)." Sabda Nabi s.a.w : "Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi)." Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut ('Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya." (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)


    • Ibn 'Abbas r.a. pula berkata, maksudnya: “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya."Para Sahabat berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t .)." (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)


    Amin Amin Ya Rabbal Jalil

    Doa hamba yang sangat zalil

    Tinggikan daulat serta adil

    Kekal perintah Jamalullail





    sila klik 2 kali untuk imej yang lebih besar



    PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KARIAH
    MASJID JANNATUL NAIM SESI 2010 / 2011

    9 APRIL 2010 - Setelah bermuktamar Agung pada 12 Mac 2010 yang lalu, Tn Haji Mat Kassim Bin Darus selaku Imam I, Masjid Jannatul Naim sukacita memaklumkan senarai Jawatankuasa yang telah dilantik di dalam Muktamar Agung seramai 4 orang dan seramai 8 orang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang telah diadakan pada 2 April 2010. Kesemua seramai 20 orang ahli jawatankuasa kariah termasuk 8 orang pegawai masjid menerima surat lantikan dari beliau. Hal ini adalah sejajar dengan peruntukan kuasa di dalam Muktamar Agung Masjid dan berdasarkan ketetapan undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis Nil 3/1964.

    Penentuan portfolio akan ditentukan di dalam mesyuarat jawatankuasa kali pertama, namun seramai 5 Portfolio utama telah dipersetujui iaitu :
    Pengerusi : Tn Haji Mat Kassim Bin Darus
    T. Pengerusi : Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor (Merangkap Pen Setiausaha)
    Setiausaha : Tn Haji Syed Yaziz Bin Syed Harun Jamalullail
    Bendahari : Tn Haji Jusoh Bin Haji Hashim

    Syabas dan tahniah di atas perlantikan tersebut dan diharap perlantikan tersebut akan melancarkan lagi perjalanan aktiviti Masjid Jannatul Naim, Sungai Paya, Beseri, Perlis.

    _____________________________________________________________________



    KOLEKSI GAMBAR & ARKIB



    AYUH KITA HIDUPKAN

    JADUAL & AKTIVITI MASJID

    JADUAL KULIAH MASJID
    JUMAAT
    Kuliah Maghrib : FEQAH & PERBINCANGAN
    Pengajar : Ustaz Mohammad Nazim Bin Mohd Noor (Imam I)

    Pegawai Hal Ehwal Islam UniMAP
    _______________________________________________________________________
    SABTU

    Kuliah Maghrib : TAFSIR
    Pengajar : Ustaz Abdul Wahid Bin Mahmud

    Guru Takmir, JAIPs (Diploma IPTIPs, Universiti Al-Azhar, Mansurah, Mesir)
    ________________________________________________________________________________
    AHAD
    Kelas Kanak2 : KELAS KANAK-KANAK RAUDHATUL ATHFAL
    Pengajar : Ustaz Mohd Nazim (Imam I)

    Kuliah Maghrib : HADITH
    Pengajar : Ustaz Mohd Nazim (Imam I)

    _____________________________________________________________________
    ISNIN
    Kuliah Maghrib :
    Pengajar :
    _____________________________________________________________________
    SELASA
    Kuliah Maghrib : KELAS TAHSIN AL-QURAN
    Pengajar : Tn. Hj. Abdullah (Imam II)

    _____________________________________________________________________
    RABU
    Kuliah Maghrib : KULIAH TAKMIR
    Pengajar : Ustaz Haji Rosli
    (Universiti Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi)
    _____________________________________________________________________
    KHAMIS
    Kuliah Maghrib : KULIAH TAKMIR (KItab Bahrul Mazi)
    Pengajar : Ustaz Nasiruddin
    (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis)

    Kelas Zohor : KELAS TAHSIN BACAAN IMAM-IMAM PARLIMEN PADANG BESAR
    Pengajar : Ustaz Haji Abdullah Bin Jusoh (Imam Masjid Alwi)
    Tenaga pengajar Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perlis, Hakim Tajwid Kebangsaan


    AKTIVITI / PROGRAM YANG TELAH DIANJURKAN

    SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
    TARIKH : 15 JANUARI 2010 / 29 MUHARRAM 1431 H

    SOLAT SUNNAT GERHANA BULAN
    TARIKH : 1 JANUARI 2010 / 15 MUHARRAM 1431 H

    MAJLIS BERBUKA PUASA & CERAMAH PERDANA SEMPENA 'ASYURA 1431 H
    TARIKH :27 DISEMBER 2009 / 10 MUHARRAM 1431

    PENCERAMAH : USTAZ AHMAD SIRAJUDDIN BIN ABDUL SATAR
    (Pegawai Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis)



    MAJLIS
    SABUTAN AIDILADHA 1430 H




    KELAS KANAK-KANAK "RAUDHATUL ATHFAL"
    BAGI SESI 2010 AKAN BERMULA 21 FEBRUARI INI


    7 FEBRUARI 2010-Pihak jawatankuasa Masjid Jannatul Naim telah menetapkan untuk memula Kelas Kanak-kanak "Raudhatul Athfal" pada 21 Februari ini. Dimaklumkan bahawa Ustaz Mohd Nazim, Imam II masjid tidak dapat lagi menjadi tenaga pengajar bagi kelas berkenaan disebabkan beberapa tugas dan tanggungjawab lain, maka pihak masjid bersetuju untuk melantik Ustaz Hamid, salah seorang yang pernah menjadi tenaga pengajar kelas berkenaan bagi memimpin kelas berkenaan.

    Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga bolehlah menghantar semula kanak-kanak mereka untuk menyertai kelas berkenaan.


    2 ORANG SAUDARA BARU MEMELUK ISLAM
    DI DALAM KARIAH MASJID SUNGAI PAYA

    27 JANUARI 2010-Pihak jawatankuasa Masjid Jannatul Naim melahirkan rasa syukur di atas keislaman 2 orang anak-beranak pada pagi tadi di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). Mereka adalah berketurunan Siam, beragama Budha dan berasal dari Thailand. Buat masa ini, mereka berdua tinggal di bawah perlindungan En. Roslan & Pn. Che Nah yang tinggal di dalam Kariah Sungai Paya. 2 orang saudara baru (muallaf) tersebut adalah Miss Sarasina Kraithin yang telah memelihi nama Siti Aishah Binti Kraithin manakala anak beliau, Mr. Tha Ana Inkham menukarkan nama kepada Muhamad Anas Bin Inkham. Muhamad Anas akan berkhatan pada esok hari (28 Januari 2010) di Poliklinik Utara, Dr. Hamdi Mohd Noor. Satu Majlis Jamuan Kesyukuran akan diadakan oleh En Roslan sekeluarga pada esok malam.

    Mereka berdua juga telah mendaftarkan diri sebagai ahli PERKIM Perlis dan bakal menjalani kelas pengajian pengukuhan aqidah dan agama di Pusat Kegiatan PERKIM Perlis. Lafaz syahadah telah dilakukan di hadapan Ustaz Suhaimi Al-Hafiz, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan disaksikan oleh Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Imam II, Masjid Jannatul-Naim yang turut diiringi oleh Tn. Hj. Syed Yaziz Bin Syed Harun Jamalullail selaku Setiausaha Masjid serta En. Roslan dan Pn. Che Nah. Kedua-dua saudara baru tersebut masing-masing telah menerima sumbangan wang zakat berdasarkan asnaf muallaf sebanyak RM 350 dan bakal menerima RM 700 selepas 3 bulan ini. Manakala kos berkhatan Saudara Anas akan ditanggung oleh phak PERKIM.

    Buat masa ini, mereka berdua akan tinggal di rumah En. Roslan dan sedang berusaha untuk mencari rumah sewa di kawasan yang terdekat. Mereka yang mempunyai cadangan rumah sewa atau ingin menyewakan kepada mereka berdua bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi En. Roslan atau Tn. Syed Yaziz. Mereka berdua sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada Tn. Hj. Mat Kassim Bin Darus, Imam Kariah Sungai Paya, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) dan pihak Baitulmal Negeri.

    Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka berdua diberikan keteguhan iman dan menjadi mukmin yang soleh dan bertaqwa kepada Allah.






    MASJID JANNATUL NAIM ANJUR SOLAT GERHANA MATAHARI

    15 JANUARI 2010-Pihak jawatankuasa Masjid Jannatul Naim menganjurkan Solat Gerhana Matahari (Solat Kusuf) pada hari ini. Solat tersebut telah dilaksanakan pada jam 4 petang yang telah dipimpin oleh Tn Hj. Abdullah (Bilal I Masjid). Ustaz Mohd Nazim (Imam II) tidak dapat mengimamkan solat kerana telah dijemput untuk mengimamkan solat gerhana di Masjid Alwi, Kangar bersama pembesar negeri. Walaubagaimanapun, penganjuran solat tersebut mendapat kerjasama yang amat baik dari anak jemaah kariah Sungai Paya. Imam I, Tn Haji Kassim Bin Darus telah membacakan khutbah sempena solat gerhana tersebut.

    Di dalam khutbah beliau, Imam I menegaskan bahawa kejadian gerhana matahari bukanlah membawa malapetakan atau membawa musibah, bahkan ia adalah sebagai tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Seharusnya setiap daripada hamba-Nya harus sentiasa mengingati Allah dan berusaha melaksanakan setiap perintah Allah SWT.


    NOTA FEKAH :
    Hukum Solat Sunat Gerhana adalah Sunat Muakkadah. Ia boleh dilaksanakan secara bersendirian ataupun berjemaah. Namun, solat secara berjemaah adalah lebih afdhal (Utama)

    Cara solatnya adalah :
    Terdapat 2 pendapat ulamak dalam cara solat gerhana:
    ---1 ----PENDAPAT HANAFIAH: Solat 2 rakaat seperti solat-solat sunat yang lain.
    ---2 ---PENDAPAT JUNHUR: Solat 2 rakaat. Pada setiap rakaat ada 2 rukuk dengan baaan ayat yang panjang selepas surah al-Fatihah pada setiap kali baaan juga ada khutbah selepas selesai solat

    JAWATANKUASA MASJID

    klik 2 kali untuk imej yang lebih besar


    JAWATANKUASA MASJID KARIAH SUNGAI PAYA

    PENGERUSI :
    USTAZ MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR

    (Merangkap Unit Dakwah Dan Pendidikan)

    TIMBALAN PENGERUSI :
    TN HJ ABDULLAH B ABD RAHMAN


    SETIAUSAHA :
    TN HJ SYED YAZIZ BIN SYED HARUN JAMALULLAIL

    (Merangkap Unit Perpustakaan)

    BENDAHARI :
    TN HJ JUSOH BIN HJ HASHIM

    (Merangkap Unit Ekonomi)

    AJK MASJID :
    TN HJ SHARIFF BIN HAMZAH
    EN HAMID BIN SAMAN
    TN HJ ISHAK BIN MAN
    TN HJ WAN PE BIN HJ JUSOH
    EN ALI BIN DAHAMAN
    TN HJ AZMI BIN SUDIN
    TN HJ SUDIN BIN AKOB
    EN ABD RAHMAN BIN MOHAMAD
    EN ABD HAMID BIN HASSAN
    TN HJ JOHARI BIN SENAWI
    EN MOHAMAD BIN ISMAIL
    EN SAID BIN SAMAT
    SAUDARA MOHD REDZA BIN ABD RAHMAN
    SAUDARA AMIR BIN AWANG
    PN MURNI BIN MAT SAMAN


    Tuesday, January 5, 2010

    PEGAWAI MASJID

    PEGAWAI MASJID KARIAH SUNGAI PAYA

    IMAM I :
    (Merangkap Pembantu Penguatkuasa Syariah Negeri Perlis)
    USTAZ MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR

    IMAM II :
    (Merangkap Amil & Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Perlis)

    TN HJ ABDULLAH BIN ABD RAHMAN

    BILAL I :
    TN HJ SYARIFF BIN HAMZAH

    BILAL II :
    EN HAMID BIN SAMAN

    SIAK I :
    TN HJ ISHAK BIN MAN

    SIAK II :
    TN HJ WAN PE BIN JUSOH

    PENJAGA KAWASAN :
    EN ALI BIN DAHAMAN